Saya dah viral, buat apa masuk realiti tv – Azman Naim 44 Mantra

0
1

PENYANYI parodi viral, Azman Naim mendedahkan beberapa kali terpaksa menolak tawaran menyertai rancangan realiti televisyen.

Azman yang mencipta fenomena dengan menghasilkan lirik lagu parodi menyentuh kehidupan rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, mempunyai alasan sendiri untuk menolak tawaran berkenaan.

“Sebenarnya ada tiga pihak yang ajak saya masuk program nyanyian realiti TV sejak saya viral zaman PKP 1 dulu.

“Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ni contact saya,” ciapnya di laman Twitter.

Lelaki berasal dari Kulai itu mengakui kurang berbakat dalam bidang nyanyian dan hanya popular dengan ‘merosakkan’ lagu melalui parodi, menjadi punca dia menolak tawaran berkenaan.

“Salah satunya saya bukan handal sangat menyanyi dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?

“Nak buat tu sekadar nak rating dan populariti? ‘Kamon la’ saya bukan penghibur. Menghibur dan berhibur kena ada limit,” katanya.

Ciapan Azman itu dipercayai mengulas isu hangat ketika ini susulan sebuah penganjur rancangan realiti televisyen dikritik hebat penggiat seni kerana lebih mengutamakan populariti daripada bakat peserta.

“Ada yang kata, Abang join la, nanti boleh viral. So saya tanya dia, kalau lagu-lagu rosak saya tak viral, awak tak hubungi saya kan? Which means, Saya dah Viral. So buat apa nak viral lagi guna method awak?

“Dan adakah sesuatu yang Viral itu memang bagus? Saya tanya lagi. Dia jem,” ciapnya.

Bagaimanapun Azman berpandangan tindakan penganjur menggunakan kaedah tersebut tidak salah kerana mahu mendapat lebih banyak rating penonton.

“Saya faham game korporat yang nak rating dengan cari individu viral untuk program mereka.

“Itu taktik dan pada saya secara individu, ia tak salah. Media Massa ni agak ‘struggle’ untuk dapatkan penonton sejak wujudnya media sosial dan ‘top content creators’ media sosial.

“Saya pula, kalau tak kena dengan diri, saya tak nak pegi. ‘Not being choosey’, tapi kita kena tahu letak harga diri kat mana. ‘Money and fame can’t buy Class’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here