PRN Johor: ‘Kerjasama dengan PH, PKR tapi kutuk’

0
1

TINDAKAN parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memuatnaik hantaran mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dan PKR sebagai antara parti yang terbabit dengan korupsi mengundang kemarahan pemimpin dan penyokong parti itu.

Difahamkan, hantaran poster yang dimuat naik di Facebook rasmi MUDA malam tadi itu, memaparkan imej empat individu dengan masing-masing mewakili parti politik utama negara ini termasuk PKR dan PH, didakwa terpalit dengan rasuah.

Bagaimanapun, hantaran yang turut dimuatnaik dalam Facebook Parti MUDA Kedah itu sudah dipadamkan, dan ia adalah sebahagian daripada kempen parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Harapkan pegar, pegar makan padi. Warga Johor, ayuh sama-sama kita hentikan korupsi!.

“Korupsi penghancur pembangunan negara. Inilah masanya untuk perubahan. Keluar dan Undi MUDA,” tulis poster itu.

Walaupun hantaran itu sudah dipadamkan, namun ada pihak yang sempat menyimpan tangkap layar, sekali gus meminta MUDA menjelaskan perkara itu.

Ada juga pihak menyifatkan MUDA sebagai parti ‘tikam kawan’ kerana menyerang PH dan PKR, sedangkan penyertaan parti itu dalam PRN Johor adalah membabitkan kerjasama dengan PH dan PKR.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan berkata, beliau menuntut penjelasan MUDA mengenai isu tersebut.

“Pukul 1 pagi, calon MUDA di Puteriwangsa mesej. Nak jumpa mengadap minta restu kakak kawasan katanya.

“So kakak kawasan mintak explain ni dulu,” katanya.

Semalam, media melaporkan MUDA diperuntukkan sembilan kerusi, hasil rundingan bersama antara Amanah dan DAP Johor termasuk PKR.

Menerusi rundingan itu MUDA diperuntukan enam kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Sementara itu, PKR menawarkan tiga kerusi kepada MUDA dalam mendepani PRN Johor pada 12 Mac nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here