Masjid, surau di Perak dibenar buka kawasan ruang solat

0
1
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Zaid bin Haritsah bertadarus Al-Quran mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak Kuala Lumpur.

SEMUA masjid, surau diri Jumaat dan surau seluruh negeri Perak dibenarkan membuka ruang untuk mendirikan solat dari ruang utama kepada kawasan seluruh masjid dan surau bermula esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kebenran itu diberikan selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak.

“Jabatan memberi kebenaran kepada masjid, surau diri Jumaat dan surau seluruh Perak agar membuka ruang untuk mendirikan solat dari ruang utama kepada kawasan seluruh masjid dan surau (sekiranya ada keperluan).

“Kebenaran ini diberikan kepada mana-mana masjid dan surau yang mempunyai ruang solat yang kecil sehingga tidak mampu untuk menampung kepadatan jemaah yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aktiviti yang boleh diadakan di masjid dan surau sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa di negeri Perak itu adalah berkuatkuasa esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here