‘Demi masa hadapan, BN pilihan terbaik untuk rakyat Johor’ – Shamsul Anuar

0
1
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah

BARISAN Nasional (BN) mampu mewujudkan kestabilan di Johor kerana gabungan itu dianggotai rakan komponen yang sehaluan dan sefahaman.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata melalui kestabilan yang dicipta BN, Johor boleh dibangunkan dengan sempurna tanpa gangguan mana-mana pihak.

Katanya, sejarah juga membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sekali gus menyebabkan kerugian dan kehancuran negara.

“Kepada rakyat Johor yang dikasihi, pastinya semua inginkan kestabilan. Kerana melaluinya Johor boleh dibangunkan dengan sempurna tanpa ada gangguan.

“Pasti kita ingat. PKR, DAP, Amanah, Warisan, Bersatu, pimpinan Pejuang termasuk pimpinan MUDA pernah bersama membentuk Kerajaan PH.

“Kerajaan PH yang mereka pimpin Gagal. Rakyat rugi dan Malaysia yang kita cintai hancur kerana mereka,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata beliau yakin anak muda dan rakyat Johor mahu masa depan yang terbaik untuk jaminan masa hadapan.

“Lalu apakah rakyat Johor mahu memberi mandat kepada mereka memerintah Johor sekali lagi?.

“Kerana itu BN pilihan terbaik, BN diangotai Umno, MCA, MIC, PBRS dan Parti FOBN yang ternyata ikhlas, sehaluan dan mengutamakan rakyat.

“Tolaklah gabungan parti yang ternyata tidak ikhlas untuk rakyat dan Negeri Johor,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here