BN umum senarai penuh calon 3 hari sebelum penamaan calon

0
1

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan senarai penuh calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan diteliti semula menerusi perbincangan bersama rakan komponen MIC, MCA dan Friends of BN sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan.

Beliau berkata, BN Johor turut bercadang untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, calon-calon yang bakal mewakili parti itu terdiri dari golongan profesional dan orang muda, yang akan membawa harapan rakyat.

Hasni berkata, Wanita juga bersuara untuk diberi peluang dan ia juga salah satu perkara yang akan diambil kira.

“Kita sudah maklum 26 Februari ini ialah hari penamaan calon, jadi mungkin dua atau tiga hari kita akan umumkan calon yang akan mewakili BN.

“Tapi di Johor ini tiga kali ganda, sekurang-kurangnya dua kali ganda wakil rakyat yang perlu dikenal pasti,”katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Common Ground Iskandar Space di Iskandar Puteri, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, PRN Johor akan dilangsungkan pada 12 Mac, pengundian awal pada 8 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here