Lebih 12.6 juta individu dewasa telah terima dos penggalak

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

MALAYSIA mencatatkan seramai 140,381 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 12,616,238 atau 53.9 peratus setakat ini.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22,931,979 atau 98 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23,207,389 individu atau 99.2 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,792,830  individu atau 88.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2,870,546 juta individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 152,358 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 10,471 dos pertama dan 1,506 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here