
KES harian Covid-19 di Malaysia terus melonjak apabila mencatatkan 17,134 kes baharu hari ini, meningkat lebih 3,000 kes berbanding 13,944 semalam.
Peningkatan mendadak itu dipercayai akibat penularan varian Omicron.
Kali terakhir kes Covid-19 di Malaysia melepasi angka 17,000 ialah pada 17 September 2021 iaitu 17,577 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,956,332 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya.
Sementara itu Dr Noor Hisham berkata daripada 17,134 kes harian dilaporkan hari ini, 86 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.
Katanya, sebanyak 17,048 kes atau 99.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Berikut adalah perincian kes hari ini:
Kategori 1 : 4,722 kes (27.56%)
Kategori 2 : 12,326 kes (71.94%)
Kategori 3 : 58 kes (0.34%)
Kategori 4 : 24 kes (0.14%)
Kategori 5 : 4 kes (0.02%)
