Pemeriksaan suhu badan, buku rekod ‘check in’ dimansuhkan

0
1

MULAI 11 Februari ini, orang ramai tidak lagi perlu membuat pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check ini’ setiap kali mengunjungi premis perniagaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, orang ramai hanya wajib mengimbas aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis perniagaan.

“Penting juga untuk saya maklumkan, mengambil kira pandangan KKM, Mesyuarat Kuartet hari ini menetapkan bahawa SOP pemeriksaan suhu badan dan buku rekod check in akan dimansuhkan bermula 11 Februari.

“Dengan pemansuhan ini, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod check in di premis masing-masing.

“Namun diwajibkan seperti biasa check in di pintu pintu masuk menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Bagaimanapun Hishammuddin menjelaskan, sekiranya pemilik pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod check ini, ia masih digalakkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here