KERAJAAN menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata SOP baharu akan berkuatkuasa mulai 14 Februari ini.
“Person incharge (PIC) dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA Malaysia (turut serta dengan jemaah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh tersebut untuk jumlah jemaah kurang dari 40 orang).
“Mewajibkan dos penggalak dan membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan HQA,” katanya hari ini.
Bagaimanapun, Hishammuddin berkata jemaah umrah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.
Sementara itu, jemaah umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini sehingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada.
“Bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang dikuatkuasakan,” katanya. – Malaysiapost

