SPRM serbu pejabat MARA

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat MARA, MARA Corporation dan pejabat Setiausaha Syarikat kepada MARA Corporation dalam serbuan serentak di ibu negara.

Seramai 11 pegawai SPRM dilihat memasuki bangunan MARA pada jam 10.30 pagi bagi mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan isu integriti pegawai kanan agensi terbabit, lapor Harian Metro.

Difahamkan, serbuan dilakukan bagi mengumpul dokumen dan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

Terdahulu, SPRM dilaporkan memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi terbabit.

SPRM menerima satu aduan berkaitan isu berkenaan dan memulakan siasatan hari ini dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here