IBU kepada veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, Rashidah Othman meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook sebentar tadi.
Sehubungan itu, Najib menzahirkan ucapan tahziah kepada ahli keluarga mereka atas kehilangan bonda tercinta.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya dimaklumkan tadi bahawa bonda Tan Sri Shahrir Samad telah pulang ke rahmatullah.
“Takziah kepada sahabat saya Tan Sri Shahrir Samad, Khalid Samad dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ini.
“Marilah kita sama-sama doakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost

