SEBANYAK 14 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,025 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sembilan daripada 14 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 57,895 individu atau 87.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,205 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 3,729 kes dirawat di hospital dan 123 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 67 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

