Ahmad Zahid: Parti lawan ada DNA memfitnah, katak dan keliru agenda

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti lawan membawa DNA negatif dan tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat Johor.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata 96 peratus daripadanya berasal daripada DNA dan kluster sama iaitu memfitnah, menghasut, menipu, membohongi dan memperdayakan rakyat demi merebut kuasa semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, tiga lagi peratus daripada kluster katak dan satu peratus lagi kelompok yang masih keliru tentang agenda perjuangan politik mereka akibat pengaruh rakan baru.

“Pastinya juga rakyat Johor dapat menilai maknawi ‘jajaran baharu’ berhipokrasi tahap tertinggi sanggup diusahakan mereka demi menghalang BN dan merebut kuasa.

“Ini bermaksud mereka tidak pernah pun jujur dan ikhlas untuk mentadbir Johor dengan baik kerana bagi mereka kuasa lebih utama berbanding tanggungjawab,” tulisnya di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Bangsa Johor tidak terpedaya sekali lagi dan mengembalikan kerajaan dominan kerajaan BN untuk sebuah kemajuan dan kesejahteraan mutlak.

Jelasnya, parti lawan sebenarnya bermusuhan satu sama lain dan hanya bergabung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk melawan BN.

“Tentunya mereka tidak kisah apa nasib dan keadaan caca marba negeri Johor selepas itu kerana tujuan mereka hanya mahu menyekat kebangkitan BN.

“BN pula tetap BN yang satu iaitu menyertai pilihan raya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat orang Johor,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here