BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, selepas dimasukkan dan menerima rawatan perubatan di pusat berkenaan, baru-baru ini.
IJN dalam kenyataan berkata Ahli Parlimen Langkawi itu sudah dibenarkan keluar pada jam 8:40 pagi tadi.
“Tun Dr Mahathir kini akan meneruskan pemulihan di rumah. Beliau akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya dalam masa terdekat atau apabila diperlukan.
“Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dan doa mereka apabila Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif berkenaan yang dikendalikan sepasukan doktor daripada institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. – Malaysiapost

