Kes Covid-19 akan naik mendadak – KJ

0
1
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (BN) tiba di Bangunan UMNO untuk perjumpaan Ahli Parlimen BN hari ini.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui bakal berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam beberapa minggu disebabkan gelombang Omicron.

Beliau turut mengambil contoh Singapura yang kini mencatatkan 13,208 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 4,297 kes pada 3 Februari lalu.

“Kes kita juga akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

“Ini kerana gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta. Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Semalam, jumlah terbaru kes Covid-19 melonjak ketara apabila mencatatkan 7,234 kes, meningkat mendadak berbanding 5,720 kes pada 3 Februari.

Ini pertama kali jumlah kes Covid-19 melepasi 7,000 kes selepas kali terakhir jumlah itu dicatatkan pada Oktober tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here