Tiga tahun selepas dibedah, Ainul Mardhiah kembali bertemu Dr Nur Amalina

0
1

DR Nur Amalina Che Bakri yang terbabit dalam pembedahan kanak-kanak menghidap kanser mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di London tiga tahun lalu, meluangkan masa bertemu kanak-kanak terbabit, hari ini.

Pelatih pakar bedah itu memuat naik gambar pertemuan itu di laman sosial Instagramnya dan meluahkan perasaan gembira bertemu Ainul Mardhiah dan keluarganya.

“Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Ainul sihat dan kanak-kanak kecil yang riang),” tulisnya di hantaran yang mendapat 36,896 tanda suka setakat jam 8.45 malam tadi.

Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London pada 10 Jun 2019.

Ketika itu Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan.

Kisah kanak-kanak itu mendapat perhatian apabila media melaporkannya pada April 2019 dan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk seorang individu yang sanggup menjual motosikal demi Ainul Mardhiah.

Kredit Foto: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here