Kes baharu Covid-19 kekal lebih 5,000 kes

0
1
Petugas melakukan ujian saringan Covid-19 kepada Amy Goh, 21 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KES baharu harian Covid-19 mencatatkan angka 5,000 kes selama tiga hari berturut-turut dengan jumlah yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 5,720 kes.

Sebelum ini, sebanyak 5,566 kes direkodkan pada Selasa dan 5,736 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,887,780 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here