Feri kapasiti besar rosak, punca terminal sesak

0
1

JABATAN Laut Malaysia (JLM) memaklumkan kesesakan di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi, petang semalam hingga malam tadi dipercayai berpunca kerana kerosakan feri.

Terdahulu, tular video dan gambar memaparkan kesesakan dan keadaan tegang antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri berkenaan.

Pengarah JLM Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid, berkata situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.

“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.

“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menerusi beberapa rakaman video yang dimuatkan di media sosial memaparkan keadaan sesak penumpang dan ‘perang mulut’ antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik bersama video dan gambar terbabit, penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.

“Penumpang ini terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam.

“Belum pasti apa nasib mereka yang membawa anak kecil serta warga emas yang terkandas di Jeti Kuah, ramai yang tidur di kaki lima hingga subuh pagi ini,” menurut video itu. – Malaysiapost

Foto kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here