PM santuni warga emas, kanak-kanak istimewa sempena Tahun Baru Cina

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan menyantuni sebuah pusat jagaan warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina, semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, dalam lawatan berkenaan beliau terasa seperti berada dalam sebuah keluarga yang besar dan harmoni.

“Perkara paling seronok di hari perayaan adalah bersama keluarga. Setuju tak?

“Semasa saya bersama warga emas di pusat jagaan warga emas, terasa seperti berada dalam sebuah keluarga yang besar dan harmoni.

“Rata-rata mereka berusia lebih 65 tahun dan tampak sihat, mesra serta penyayang,” katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap sambutan Tahun Baharu Cina kali ini memberi pengertian mendalam dan berharap jalinan kekeluargaan akan terus utuh sebagai satu ikatan abadi dalam sebuah Keluarga Malaysia.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri dan isteri juga sempat melawat Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan (PKKII).

Katanya, organisasi itu ditubuhkan pada tahun 1998 untuk membantu kanak-kanak istimewa.

“Mereka juga berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, sesetengahnya mempunyai ibu atau bapa tunggal.

“Senang hati melihat senyuman lebar mereka, seronok dapat ‘ang pao’, dan makan KFC bersama. Terima kasih kepada warga PKKII atas penjagaan kebajikan yang baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here