Amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri pagi ini

0
2
KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2021. Petugas PDRM kehujanan ketika menunggu Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.

AMARAN hujan lebat beserta ribut petir di empat negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor, pada pagi ini.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangkakan beransur reda menjelang lewat pagi ini.

Manakala, di sebelah petang, MetMalaysia meramalkan hujan lebat beserta ribut petir melibatkan bahagian pantai barat Semenanjung termasuk di sekitar bahagian pendalaman negeri Pahang.

“Keadaan cuaca lembab juga boleh berlaku di seluruh kawasan negeri Sarawak dan di Kudat, Sabah pada petang nanti,” katanya menerusi YouTube.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Condore, Reef North, Sulu, Labuan dan Palawan berkuat kuasa sehingga 7 Februari.

“Sepanjang tempoh itu, keadaan perairan ini adalah merbahaya bagi kesemua aktiviti bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut.

“Laporan cuaca mendapati keadaan angin masih lagi bertiup kencang dengan kelajuan boleh mencapai 50 Kilometer (km) sejam dengan ketinggaian ombak mencecah 3.5 meter terutamanya melibatkan kawasan Laut China Selatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here