ANAK Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah ‘bengang’ dengan tindakan penyanyi rap, Caprice yang didakwa memuat naik status bagi mengundang spekulasi buruk terhadap bapanya, baru-baru ini.
Ia susulan tindakan Caprice memuatnaik video di Instagramnya yang memaparkan dua individu yang didakwa ‘bodyguard’ Ahmad Zahid menarik baju seorang orang awam.
Kejadian itu berlaku ketika individu berkenaan dipercayai hendak menaiki lif yang sama dengan Ahmad Zahid di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, baru-baru ini.
Dalam hantaran sama, Caprice turut mempersoalkan tindakan ‘bodyguard’ tersebut yang dilihat mengasari lelaki berkenaan termasuk bertanya mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Bodyguard tu boleh lembut kot haha tapi lif ada SOP ke tak?,” tulisnya.
Bagaimanapun sebelum itu, Nurul Hidayah secara peribadi menjelaskan perkara yang terjadi menerusi ‘direct messenger’ kepada Caprice.
Namun, katanya, Caprice tetap tidak memahami apa yang telah beliau jelaskan, selain mendakwa penyanyi itu hanya tahu mencari ‘content sampah’.

Sehubungan itu, Nurul Hidayah menjelaskan sekali lagi menerusi InstaStory miliknya dengan menyatakan bahawa ‘bodyguard’ itu bukan pekerja bapanya.
“‘Bodyguard tu’ merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan bukan bodyguard Zahid Hamidi. Dah nama dia bodyguard mana la dia kenal orang kan?
“Dia buat kerja dia. Tak tahu la arahan apa dia dapat dia buat jer la. So? Salah Zahid Hamidi jugak? Mentang-mentang la Zahid Hamidi semua salah,” katanya meluahkan rasa tidak puas hati. – Malaysiapost

