‘Dapatkan rehat, selenggara kenderaan sebelum pulang ke kampung’ – Ka Siong

0
1

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambutnya esok.

Beliau berkata, kepada semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati semasa dalam pulang ke kampung.

“Kepada mereka yang menggunakan jalan raya, jadilah pengguna yang berhemah. Pastikan mendapat rehat yang secukupnya dan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Ramai diantara kita yang pulang ke kampung halaman untuk ‘makan besar’ bersama keluarga pada malam sambutan Tahun Baru Cina setelah tidak dapat melakukannya sejak dua tahun lalu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ka Siong berkata, justeru itu orang harus bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ditetapkan demi menjaga keselamatan diri dan insan tersayang sepanjang musim perayaan.

“Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga Tahun Harimau ini memberikan kita kekuatan dan dikurniakan kesihatan baik,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here