Sokongan Bersatu, PAS terhadap kerajaan bersyarat – Muhyiddin

0
2

PAS dan Bersatu menegaskan sokongan kedua-dua parti itu terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Dalam satu sidang media, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sokongan mereka ketika ini perlu dihormati dan dirunding berlandaskan nilai integriti, anti rasuah serta berkebajikan.

“Ini antara resolusi dipersetujui kedua-dua parti hasil muzakarah yang diadakan selama dua hari.

“Kami turut melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua parti itu menerusi Muzakarah PAS-Bersatu mencapai ketetapan ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara, iaitu:

  • Mendukung ‘prinsip bersama’ di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan, dan perpaduan yang inklusif.
  • Menuju ‘visi dan halatuju bersama’ ke arah mengukuhkan Perikatan Nasional (PN), menolak budaya politik ekstrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.
  • Memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional merentasi platform bukan politik, berteraskan nilai kepercayaan bersama (mutual trust) dan perkongsian saksama (equal partnership).
  • Melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat.
  • Mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan ‘undi penentu’ dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda, melalui penjenamaan dan mesej jelas yang diterima rakyat.
  • Memperkukuhkan jalinan kerjasama PAS dan Bersatu sebagai ‘satu pasukan’ sehingga peringkat jentera akar umbi.
  • Mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam Kerajaan Persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi, di atas nilai integriti, anti-rasuah dan berkebajikan.
  • Menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai Perikatan Nasional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here