PRN Johor: Bersatu-PAS bertanding atas logo PN

0
2

BERSATU dan PAS mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media sempena Muzakarah PAS-Bersatu di Hotel Glenmarie, sebentar tadi.

Katanya, PN bakal menampilkan gabungan calon muda serta berpengalaman pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kita akan putuskan… insya-Allah akan bincang perkara itu kerana yang penting hasrat kita bertanding bagi mendapatkan mandat rakyat Johor, bangsa Johor untuk bentuk kerajaan PN di peringkat negeri.

“Dari segi calon, kita akan mengambil contoh di (PRN) Melaka yang menyaksikan gabungan orang berpengalaman dan anak muda kerana di Johor ramai tokoh berkelayakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, bagaimanapun, Bersatu dan PAS masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan calon yang akan bertanding mewakili PN pada PRN Johor.

Mengulas berkenaan strategi yang bakal diambil dalam PRN kali ini, Muhyiddin berkata, pendekatan lebih besar akan dilakukan untuk PRN Johor berikutan mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih banyak berbanding PRN Melaka.

“Sebahagian daripadanya telah disebut dalam resolusi kita dan kita akan menguruskannya apabila kita menghadapi pilihan raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here