Kestabilan politik penting untuk rakyat – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kestabilan politik perlu menjadi keutamaan ketika ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, kestabilan politik penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan semua perancangan yang telah dan sedang dibuat untuk membantu rakyat dalam situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

“Jika ada yang menarik sokongan, betul kerajaan akan tumbang. Itu adalah fakta. Kalau Perikatan Nasional (PN) malah sesiapa juga termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dalam kalangan UMNO sendiri menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan tumbang kerana kita hanya ada kelebihan empat kerusi.

“Tapi saya percaya kestabilan politik yang penting. Jika timbul perkara seperti ini, politik kita kembali bergolak dan ekonomi juga akan terjejas akibat tindakan itu,” katanya kepada media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 di Bera, hari ini.

Ismail Sabri mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sokongan parti itu bersama PAS terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berpandangan perkara itu perlu ditentukan oleh parti dan tidak menolak kemungkinan presiden parti-parti terbabit untuk duduk berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here