Tahniah PH, hutang negara kini cecah RM1 trilion – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sinis mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) kerana ‘visi’ untuk hutang negara mencecah RM1 trilion sudah tercapai.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, berdasarkan pengiraannya secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini.

Katanya, hutang negara naik sebanyak RM316 bilion atau 46 peratus dari RM686.8 billion pada tahun 2017 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ke RM1,002.9 bilion.

“Visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion telah berjaya.

“Tahniah PH, tahniah Guan Eng, tahniah Abahkau dan tahniah Atuk!” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib mendakwa, realitinya semasa beliau menjadi Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara adalah laju dan defisit kerajaan telah turun lapan tahun berturut-turut sebelum ianya dinaikkan dengan laju selepas PRU-14.

“Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh, Petronas dijarah, aset-aset negara yang memberi pulangan yang baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab.

“Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya Perdana Menteri – iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya,” dakwanya.

Beliau turut mencabar sesiapa daripada PH yang boleh menyangkal mengenai pengiraan hutang negara yang dibuatnya itu.

Menurutnya, hutang langsung kerajaan itu adalah cara seluruh dunia mengira hutang sesebuah negara.

“Ia bukan cara dongeng yang diperkenalkan oleh kerajaan PH untuk tipu rakyat bahawa hutang Malaysia sudah cecah RM1 trilion masa saya Perdana Menteri,” jelasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here