Pembaharuan kepimpinan PAS, Pemuda PN syarat awal kemenangan PRN Johor, PRU15

0
1

DI SAAT ada pihak menjadikan politik tempat mengumpul hasil kekayaan untuk diri sendiri dan kroni tanpa memikirkan kepentingan penyatuan ummah, Perikatanan Nasional (PN) memilih untuk terus memperkukuh kesatuan parti-parti komponennya.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khiruddin mengulas pelantikan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu berkuat kuasa semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Khairil Nizam turut berkata penyatuan PN semakin kukuh pada ketika sama sinaran palsu Pakatan Harapan (PH) semakin malap.

“Kepimpinan YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari akan membawa dimensi baru dalam Pemuda PN khususnya untuk menarik minat buat generasi undi-18 yang bakal menjadi pengundi buat kali pertama.

“Di saat “sinaran palsu” PH semakin malap cahayanya dan di saat pihak yang menjadikan politik sebagai tempat mengumpulkan hasil kekayaan untuk diri sendiri dan kroni tanpa memikirkan kepentingan penyatuan ummah, PN memilih untuk terus memperkukuhkan kesatuan parti-parti komponennya.

“Insya-Allah pembaharuan kepimpinan PAS dan juga Pemuda PN ini akan menjadi syarat awal kepada kemenangan PRN Johor dan PRU-15 akan datang,” katanya.

Khairil Nizam yang juga bekas Ketua Pemuda PN pertama, turut yakin rakyat tidak buta dan tuli untuk melihat dan menilai dengan matang sebelum membuat keputusan memilih kepimpinan negeri dan negara.

“Kestabilan dan kesatuan dalam PN akan mejadi “trump card” untuk menakluki Putrajaya pada PRU akan datang,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here