PAS umum pendirian selepas SPR tetapkan tarikh PRN Johor

0
2

PAS akan menyatakan pendirian parti sama ada mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Muafakat Nasional (MN) atau bertanding secara sendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana masih terlalu awal untuk membuat ketetapan memandangkan suruhanjaya itu belum lagi bermesyuarat.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli bagaimanapun berkata, sentiasa berunding dengan semua pihak untuk mencapai suatu yang baik bagi kestabilan politik dan negara.

“Kita tidak pernah putus mengadakan perundingan dengan semua pihak.

Malah, Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) pun mengadakan perundingan dengan semua parti politik yang utama dalam negara kita.

“Dasar kita, PAS ini terbuka (bekerjasama dengan mana-mana pihak) untuk mencapai satu kestabilan politik dan negara,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Program Edaran Buah Limau Kepada Masyarakat Tiong Hua Sempena Tahun Baru Cina di sekitar Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada parti itu sudah membuat ketetapan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi PRN Johor nanti.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, PAS juga telah mengadakan perjumpaan rasmi dan tidak rasmi dengan semua parti politik bagi membincangkan kerjasama bagi hadapi PRN Johor.

Selain itu katanya, PAS dan PN juga sedang mengkaji hala tuju bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Pokoknya PAS akan tetap masuk (bertanding) PRN Johor.

“PAS tidak pernah tidak menyertai mana-mana PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) (sebelum ini),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here