PM lega kemelut BAM, Zii Jia selesai

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bertemu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersama kepimpinan tertinggi badan induk tersebut.

Turut serta dalam pertemuan di Perdana Putra di Putrajaya itu ialah jaguh badminton negara, Lee Zhi Jia dan Goh Jin Wei.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Isnin lalu, Zii Jia mengemukakan surat rayuan berhubung penggantungan selama dua tahun oleh BAM berikutan tindakannya meninggalkan badan induk sukan itu.

Kelmarin, kedua-dua pihak mengadakan pertemuan berhubung rayuan dikemukakan yang membawa kepada keputusan yang baik.

Jin Wei pula mengumumkan persaraan dan keluar dari BAM pada September tahun lalu sebelum bergerak sebagai profesional, digantung daripada beraksi di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 31 Oktober 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here