Kes Covid-19 terus naik, lepasi angka 5,000

0
2

KES baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila melaporkan sebanyak 5,439 hari ini.

Angka terbaharu itu adalah kali pertama kes harian Covid-19 di Malaysia melepasi angka 5,000 sejak kali terakhir pada 10 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,850,408 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini.

Negara mencatatkan 4,744 kes baharu Covid-19 semalam manakala 4,066 kes dilaporkan kelmarin.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dengan kes harian Covid-19 akan meningkat.

“Kes akan naik namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here