MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini mengulangi pendirian akan meneruskan
rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Menerusi kenyataan hari ini, PH berkata ia akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
“Mesyuarat hari bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi yang akan ditandingi PKR, DAP dan Amanah,” kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.
Sementara itu, Majlis Presiden PH turut bersetuju bahawa logo PH akan digunakan dalam PRN Johor, manakala PKR akan menggunakan logo sendiri. – Malaysiapost

