PENYANYI popular, Ziana Zain menyifatkan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sebagai biadap.
Ia susulan video tular di laman sosial baru-baru ini yang mana Vida didakwa melabel adiknya, Anuar Zain seorang lelaki homoseksual, atau gay.
Menerusi akaun TikTok rasmi miliknya, Ziana menegur secara ringkas tetapi ‘menusuk’ jiwa terhadap ketelanjuran Vida itu.
“Sangat biadapppppppp,” katanya.
Terdahulu, menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi video yang memaparkan jutawan kosmetik itu membalas pertanyaan seorang peminat di media sosial.
Dalam video berkenaan, individu itu mahu Vida memikat Anuar, lalu dia membalas pertanyaan itu, dengan mengatakan ‘gay’.
Bagaimanapun, menerusi laporan media, Vida tampil menjelaskan dia tidak menyatakan ‘gay’ namun sebaliknya ‘kay’ yang bermaksud okay.
Sehubungan itu, rata-rata netizen menggesa Anuar mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida, kerana dianggap keterlaluan.
Ada juga yang meminta Vida untuk memohon maaf di atas tutur katanya itu.
Sehingga kini, perkongsian itu sudah menerima lebih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok. – Malaysiapost

