PRN Johor: Pemimpin BN, Umno jumpa Zahid

0
1

KEPIMPINAN tertinggi Barisan Nasional (BN) serta Umno hari ini mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bangunan Umno di Johor Bahru.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan soal pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad serta kepimpinan MCA dan MIC negeri turut kelihatan.

Kelmarin, Mohamad dilaporkan berkata mahu bertanding sekurang-kurang 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here