‘Uncle juga mungkin terkhilaf kerana geram’ – Najib sindir Kit Siang

0
1

DATUK Seri Najib Razak menyifatkan Veteran DAP, Lim Kit Siang juga kemungkinan ‘terkhilaf’ kerana ‘geram’ berikutan berterusan membuat propaganda terhadapnya sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, perkataan ‘terkhilaf’ dan ‘geram’ itu digunakan Najib susulan pengakuan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang memohon maaf terhadapnya semalam, berhubung satu hantaran berbaur fitnah.

Najib berkata, sejak 10 tahun lalu Kit Siang asyik membuat propaganda terhadapnya termasuk menuduh beliau membunuh Altantunya Shaariibuu, Teoh Beng Hock, Hussain Najadi dan Kevin Morais.

“Lepas PRU14 dan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, saya minta pegawai saya untuk buat laporan polis untuk siasat saya atas kes-kes bunuh tersebut.

“(Saya turut) menamakan Kit Siang sebagai saksi penting yang mempunyai banyak maklumat yang boleh disalurkan kepada pihak polis.

“Keesokan hari Uncle (Kit Siang) terus keluarkan kenyataan media bahawa dia tak pernah tuduh saya adalah pembunuh,” katanya menerusi Facebook.

Pada 2018, media melaporkan, Najib sekali lagi mencabar Kit Siang menggunakan pengaruhnya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri untuk mengarahkan siasatan semula ke atas kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Kit Siang sendiri yang tiba-tiba mahu membuka siasatan khas untuk kes-kes pembunuhan itu.

“Bila saya setuju dengannya, Kit Siang pula yang bagi pelbagai alasan tidak dapat melakukannya, termasuk alasan yang dia bukan PM,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here