Jenama Upin Ipin akan terus menggegar

0
1

RANCANGAN Upin Ipin akan bekerjasama dengan beberapa syarikat dengan nama besar bagi membolehkan ia menggunakan jenama animasi terkenal itu untuk mempromosi produk atau kempen mereka.

Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Radzi berkata dalam tempoh kurang 17 tahun, Upin Ipin telah berjaya membina jenama yang kukuh.

“Disney mengambil masa 40 tahun untuk menjadikan Mickey Mouse popular. Kini, semua orang sedang mencari untuk bekerjasama dengan Upin dan Ipin.

“Kami akan bekerjasama dengan beberapa nama besar di mana mereka akan menggunakan Upin Ipin untuk mempromosi produk atau kempen mereka.

Mari kita terus bekerja keras untuk mengekalkan standard kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Burhanuddin berkata untuk tempoh akan datang, jenama Upin Ipin akan terus menggegarkan dan kisah kejayaan watak popular tersebut akan diceritakan menerusi buku yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

“Tidak lama lagi semua cerita tentang kejayaan kami akan diceritakan dalam buku saya yang akan dikeluarkan pada 22 Mac ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here