
SEBANYAK 10 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,902 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, satu daripada 10 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 45,208 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 37,772 individu atau 83.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,528 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 2,762 kes dirawat di hospital dan 146 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
