PRN Johor: Bukti Umno rakus, tamak kuasa – Armada Johor

0
1

“SEJUJURNYA tindakan Umno Johor membubarkan DUN Johor adalah satu tindakan yang rakus, tamak dengan kuasa semata,” kata Ketua Armada Bersatu Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan.

Beliau juga menyifatkan langkah Umno itu dibuat bagi mengaburi mata rakyat khususnya berkaitan kes ‘Kluster Mahkamah’ yang menjadi tumpuan hari ini.

Beliau berkata, Umno dilihat lupa apabila mereka mentadbir kerajaan negeri Johor bersama rakan Perikatan Nasional (PN).

“Jika inilah sikap Umno, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah PRN, baik PRU-15 sahaja.

“Kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan, kita tengok, lawan tetap lawan, lawan sampai habis,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran DUN Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk HasnI Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here