Penyokong Zahid mula berkumpul di perkarangan mahkamah

0
1

PENYOKONG Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mula memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur awal pagi ini.

Tinjauan Malaysiapost yang membuat siaran langsung (live) di laman Facebook, mendapati penyokong Ahmad Zahid dilihat mula berada di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi lagi.

Walaupun pintu mahkamah telah ditutup, barisan penyokong yang kebanyakkannya berbaju putih itu masih dilihat berjalan menuju ke pintu utama mahkamah.

Difahamkan, perhimpunan diadakan sebagai tanda sokongan kepada Ahmad Zahid.

Namun, setakat ini keadaan di perkarangan dan di luar kawasan mahkamah masih terkawal dengan beberapa anggota polis juga dilihat memantau keadaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dilihat tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.05 pagi.

Turut kelihatan hadir memberi sokongan adalah pemimpin Umno termasuk, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Hari ini penentuan sama ada Ahmad Zahid dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan.

Keputusan itu dijangka dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah pada jam 9 pagi ini.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pasukan pendakwaan, yang berpendapat wujud prima facie, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil untuk membela diri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here