Covid-19: 12 kluster pendidikan direkod semalam

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 daripada 13 kluster baharu yang direkodkan semalam melibatkan kategori pendidikan, manakala satu lagi kluster tempat kerja.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, kluster pendidikan tersebut dikesan di Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak, Pahang, dan Pulau Pinang.

Lima daripada kluster berkaitan pendidikan itu dikesan di Kelantan melibatkan 44 kes positif Covid-19.

Kluster berkenaan adalah Kluster Kampung Perol di Kota Bharu sebanyak 11 kes; Kluster Jalan Utama Bandar Chiku di Gua Musang (8); Kluster Jalan Masjid Pasir Mas (5); Kluster Kampung Bunut Sarang Burung 2 di Tumpat (15); dan Kluster Jalan Pulai Gua Musang (5).

Selangor pula merekodkan dua kluster pendidikan iaitu masing-masing Kluster Cahaya Seksyen 11 Petaling Jaya sebanyak 12 kes, dan Kluster Jalan Semenyih Asa Jaya, Hulu Langat (14 kes).

Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, dan Pulau Pinang masing-masing mencatat satu kluster pendidikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here