Tun M stabil – Marina

0
1

ANAK sulung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

“Sejak dua hari lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) IJN.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here