SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada, hari ini
Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Baginda, turut berangkat sama, dalam pertemuan berkenaan adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
“Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Datuk Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.
“Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook

