Dilarang berarak, peserta perhimpunan duduk atas jalan

0
1

PESERTA himpunan #TangkapAzamBaki bertindak duduk di atas jalan menuju ke Brickfields selepas pihak polis tidak membenarkan mereka berarak dari stesen LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka melalui Masjid Negara.

Menurut jurucakap himpunan, Tarmizi Anuwar, polis bagaimanapun memberikan kebenaran untuk peserta berarak ke Brickfields.

“Polis benarkan himpunan ke Brickfields sahaja tapi kita dalam proses rundingan untuk benarkan kita ke Masjid Negara.

“Kita akan bergerak ke hadapan dan tengok sampai mana kita boleh pergi,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Tarmizi, pihaknya akan berusaha untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa agar himpunan ini berjalan secara aman.

“Kita akan hormat arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama. Kita akan berusaha untuk mengadakan himpunan secara aman,” katanya.

Laungan “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di stesen LRT Bangsar yang dilaungkan beberapa penunjuk perasaan himpunan #TangkapAzamBaki.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertulis “lawan” dan “lawan korupsi”. Sementara yang lain turut kelihatan membawa topi keledar.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor bertemu dengan Tarmizi yang juga wakil penganjur perhimpunan itu.

Amihizam meminta perarakan oleh beberapa ratus penunjuk perasaan, sebahagian besarnya berbaju hitam, untuk berakhir di Brickfields. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here