Mira Filzah hamil

0
1

PELAKON dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi berita gembira mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, menerusi hantaran di laman Instagram memaklumkan kandungannya bakal memasuki trimester ketiga.

“Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.

“Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga, tidak lama lagi.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita… Amin,” ujar Mira.

Pelakon filem Sangkar itu juga memuat naik gambar yang memaparkan alat ujian kehamilan bersama foto perkahwinan mereka pada September 2020.

Mira berkata, dia dan suami Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 32, juga seperti pasangan lain yang menempuh pelbagai pengalaman dalam menantikan kehadiran cahaya mata.

“Hanya doa yang mampu dipanjangkan. Apapun, kami yakin, Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia akan beri pada waktu yang tepat,” katanya.

Sebelum ini, terdapat desas desus berkenaan kehamilannya namun Mira tidak mengulas lanjut dan berjanji akan mengumumkannya jika sudah bersedia.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here