2 ADUN DAP Sabah umum keluar parti

0
1
Logo DAP

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mewakili DAP Sabah mengumumkan keluar parti malam tadi.

Mereka ialah ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin; ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun dan bekas senator, Adrian Lasimbang.

Katanya, tindakan itu antara lain disebabkan kegagalan DAP Sabah melaksanakan perjuangan membela nasib rakyat Sabah.

“Kami memulakan kerjaya politik demi berjuang untuk Sabah, termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur lebih baik, malah paling penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah,” kata mereka menerusi kenyataan bersama.

Dalam kenyataan itu juga merekamenyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan DAP Sabah di bawah Pengerusinya, Datuk Frankie Poon Ming Foon yang didakwa kurang menunjukkan kepercayaan dalam jawatankuasa negeri.

Katanya, mereka juga mendakwa parti itu sudah hilang arah selain mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk di antara pemimpinnya.

“Justeru, dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Berikutan tindakan dua ADUN terbabit, DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Frankie (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here