Covid-19: Kes harian meningkat 4,046 hari ini

0
1

KES HARIAN Covid-19 semakin membimbangkan apabila mencatatkan 4,046 kes baharu, setelah lebih sebulan berada di bawah angka 3,000 kes sehari.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan jangkitan baharu di angka 4,000 adalah pada 18 Disember tahun lalu, dengan 4,083 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,824,973 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here