Ipoh dilanda banjir kilat malam tadi

0
1

BEBERAPA lokasi di Ipoh dilanda banjir kilat, malam tadi selepas hujan lebat berterusan, bermula lewat petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan diterima jam 8.27 malam mengenai banjir yang melanda kawasan Bercham.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu anggota BBP Meru Raya digegaskan ke lokasi bagi usaha menyelamat.

“Air dianggarkan naik sehingga setengah meter dan pemantauan masih diteruskan,” katanya memetik Berita Harian.

Menerusi gambar yang dikongsi JBPM Perak, bot kecil turut digunakan bagi operasi menyelamat di Taman Desa Impian, dengan beberapa kenderaan digenangi air.

Sementara itu, banjir kilat turut berlaku di kawasan Taman Perpaduan, Taman Cempaka, Bandar Seri Botani, Tambun, Greentown, serta berhampiran Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Ipoh iaitu di Stadium Badminton.

Pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter turut memuat naik gambar serta rakaman video yang dikongsikan warganet mengenai banjir di kawasan mereka.

Antara video dimuat naik adalah kenderaan yang terkandas akibat air di persimpangan lampu isyarat berhampiran Stesen Minyak Caltex di Jalan Tambun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here