Mufti Perlis mahu KKM kaji kesan sampingan dos penggalak

0
1
KANGAR, 2 Feb -- Mufti Kerajaan Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika ditemui BERNAMA di pejabatnya di sini hari ini. Mohd Asri sekali lagi dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis berkuatkuasa 1 Februari 2015 bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu. Mohd Asri yang memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum ini pernah dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Dr Juanda Jaya. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajar menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19 kerana ia dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

Beliau berkata, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.

“Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.

“Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko Covid-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.

“Penafian atau ‘state of denial’ tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, sudah banyak aduan mengenai kesan yang serius selepas pengambilan dos ketiga vaksin Covid-19.

“Jika dinilai, ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami dan tidak guna untuk menafikan.

“Memang benar, majoriti yang ambil tiada masalah malah saya dah ambil dos ketiga pun tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, namun begitu, ramai juga yang datang berjumpa dengannya menceritakan kesan yang mereka alami.

“Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga itu diambil dan oleh kerana mereka ini adalah orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi untuk diajukan.

“Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan yang sihat, namun, setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Semalam, Mohd Asri menyarankan kajian terperinci dilakukan kerajaan terhadap pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

Melalui laman Instagramnya, beliau turut berkongsi pengalaman bapanya yang sudah seminggu dimasukkan ke hospital akibat mengalami gejala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

Menjelaskan perkara itu, Mohd Asri berkata, bapanya dipercayai diserang strok di bahagian yang sensitif di kepala namun puncanya belum dapat dipastikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here