Jantung babi dibenarkan jika darurat, tiada pilihan lain – Mufit Perlis

0
1

BABI adalah najis berat atau mughallazah dalam Islam, namun masih boleh digunakan dalam situasi darurat yang tiada pilihan lain ketika itu.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata penggunaan babi dalam perubatan dibolehkan oleh Islam dalam situasi darurat.

Malah, Dr Mohd Asri menjelaskan, Islam membenarkan penggunaan jika dalam situasi darurat untuk menyelamatkan nyawa ataupun mengelak mudarat lain.

“Sekarang ini kita tak ada pilihan, yang ni saja, kalau nak hidup kena pakai jantung khinzir, boleh ke tak?

“Al-Quran kata siapa yang dalam keadaan terpaksa tanpa dia memang nak cari, tanpa dia melampui batas, tak ada dosa ke atasnya.

“Dia mesti tak ada pilihan (darurat)… hak tu dulu, Kalau ada hak lain (pilihan) tak boleh,” katanya di Facebook, hari ini.

Pada 11 Januari lalu, seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung telah menerima pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia.

Pembedahan itu, yang dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia, bidang yang dimungkinkan oleh alat baru penyuntingan genetik.

Keadaan kesihatan pesakit itu dilaporkan semakin baik oleh doktor yang merawat selepas tiga hari menerima jantung tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here