Ketua Pengarah JKSM disaran berehat – Putra

0
2

KETUA Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, disaran supaya direhatkan sementara waktu sepanjang siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dihadapinya ketika ini.

Cadangan itu dibuat oleh Parti Peribumi Perkasa Malaysia (Putra) yang berpendapat tindakan itu sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan yang sedang berlaku.

Naib Presiden Putra, Datuk Dr Aziz Jamaluddin Mhd Tahir, berkata cadangan agar Ketua Pengarah JKSM yang juga Ketua Hakim Syarie Malaysia itu di buat berdasarkan dua pertimbangan.

“Ia selaras dengan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatetib) 1993 dan bagi memberikan ruang kepada proses siasatan yang lebih cepat dan mudah.

“Bagaimanapun cadangan itu tidak pula membawa maksud, Ketua Pengarah JKSM bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ia sebaliknya bagi menjaga integriti badan kehakiman agar ianya sentiasa dipandang sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan dapat dipertahankan di negara ini, selaras dengan cita-cita untuk meletakkan perundangan syariah sebagai yang terbaik.

“Putrq tetap dengan pendirian (prinsip undang-undang) yang menjelaskan bahawa
seseorang itu ‘tidak bersalah’ selagi ‘tidak dibuktikan bersalah’ dan setiap orang yang
dituduh atau didakwa mempunyai hak untuk menafikan dakwaan yang dibuat ke atasnya. 

“Hal ini bermakna Putra tidak menolak prinsip ‘berani kerana benar’ yang dipertahankan
oleh setiap orang rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Putra berpendapat, oleh kerana dakwaan yang dikaitkan itu sedang dalam siasatan, adalah lebih harmoni sekiranya orang yang dikaitkan itu direhatkan sementara
waktu sehinggalah proses siasatan selesai. 

“Cadangan ini sangat sesuai untuk menjaga imej
JKSM khususnya dan Islam amnya. Ia juga dapat meredakan tekanan-tekanan yang bakal
timbul ekoran daripada keenganan ‘orang yang dikaitkan itu’.

“Berehat sementara bukan bermakna mengalah kepada tekanan dan bersetuju dengan
dakwaan, sebaliknya ia memberikan ruang yang lebih terbuka kepada proses siasatan dan juga kepada seseorang yang dikaitkan melihat kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, Putra juga berharap agar rakyat tidak sewenang-sewenangnya menbuat spekulasi atau fitnah seolah-olah menganggap ia sudah bersalah sedang ia masih lagi dalam siasatan.

“Putra berpendirian dengan merehatkan sementara Ketua Pengarah JKSM, tidak
bermakna jawatannya ‘hilang’, sebaliknya ia akan kekal
apabila ‘kebenaran muncul’ dan imej JKSM akan dapat dipulihkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here