Najib persoal harga pelekat RFID RM35 sekeping

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kos pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual mahal mencecah RM35 sekeping.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata sebelum ini kos pelekat RFID pasif itu dijual di bawah harga RM1 sekeping.

“Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoalkan sama ada syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID.

“Syarikat Touch ‘n Go dimilik Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York,” katanya.

“(Pada ingatan saya), sticker RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah.

“… dan ianya memang percuma dari tahun 2018 hingga Feb 2020. Bermula 15 Feb 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kerja Raya memaklumkan RFID akan dilaksanakan untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor di Lebuhraya PLUS bermula 15 Januari lalu.

Menurut kementerian itu, pelaksanaan ini akan menjadikan lorong RFID tersedia di seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, sekali gus memberikan perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here